Sunday 18 September 2011

kertas kerja pertanian

KERTAS 
KANDUNGAN
                                                                                                Muka Surat  
                  

                  LATAR BELAKANG PROJEK
 
      PENGENALAN
 
   Lokasi projek
l  Sejarah Ringkas Negeri Perak ...................................5
l  Peta Negeri Perak Darul Ridzuan...............................7
l  Sejarah & Peta Daerah Kuala Kangsar.......................8
l  Senarai Kampung Dalam Mukin Kota Lama Kiri......9
l  Kampung Kubang Halban .........................................10
l  Plan Lokasi Tapak Projek ..........................................11
l  Geran & Perjanjian Sewa Tanah ................................12
l  Gambar Tapak Projek
1.        Sebelum ...............................................................13
2.        Selepas .................................................................15
MODEL LADANG JAGUNG DAN TERNAKKAN IKAN TALAPIA KOMERSIAL
Keperluan Asas Tanaman …………………………………39
l  Iklim
l  Tanah
      
            RANCANGAN OPERASI
l  Amalan Kultur ...................................................................41
n  Pemilihan Kawasan
n  Penyediaan Kawasan
n  Peralatan
n  Benih Jagung dan Talapia
n  Senarai Pembekal Benih
n  Penyediaan Tapak Semaian
n  Penanaman
n  Penjagaan Dalam Tempoh Semaian
n  Pembajaan
n  Pengurusan Air
l  Pengurusan Perosak & Penyakit .................
n  Kawalan Rumpai
n  Kawalan Perosok
n  Tempoh Dilarang Mengutip Hasil
l  Kematangan & Pengutipan Hasil ...................................
n  Penentuan Kematangan
n  Menuai
l  Pengendalian Lepas Tuai ...............................................
n  Pengendalian Di Ladang
l  Sumber Manusia .............................................................
n  Kategori Jenis-Jenis Kerja
n  Pakej Gaji Pekerja

           RANCANGAN PEMASARAN
 
l  Ekonomi Pengeluaran ....................................................
l  Stategi Pemasaran ..........................................................
i. Contoh Perjanjian Kontrak Farming Swasta
(Rumpun Biotek Sdn Bhd)
l  Strategi Perkhidmatan …………………………..…….
-                       
l  Strategi Pengedaran
 
l  Strategi Promosi
 
RANCANGAN KEWANGAN
 
Kos projek – kos tetap / kos berubah
      i. Kos Pengeluaran  ............................................
      ii.Jumlah Keseluruhan Kos Projek ...................
Sumber pembiayaan ……………………
i. sendiri daripada peserta
ii. pembiayaan TEKUN
Profoma aliran tunai ......................................................
Profoma penyata pendapatan ........................................
Titik Pulang Modal ........................................................
Analisis Nisbah .............................................................
                 
PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN ……………… 71
l  Panduan Pelaksanaan Insentif Tanaman
Di Bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008

SOKONGAN & RANGSANGAN

l  Parlimen Padang Rengas (P.61) ……………………..
l  Jabatan Pertanian Kawasan ………………………….
l  FAMA
l  LPP
l  PKK
l  Pembangunan Koridor Utara ………………………
l  Padangan Islam Mengenai Pertanian ……………
l  Pertanian Sebagai Pemacu Pembanggunan Ummah
l  RMK-9 ; Perindustrian Pertanian  …………………..
 
 
            KESIMPULAN ................................................................
 
RUJUKAN ………………………………………………

















Pengenalan
Lokasi projek
NEGERI                     :           PERAK
DAERAH                   :           KUALA KANGSAR
MUKIM                      :           KOTA LAMA KIRI
TAPAK PROJEK       :           KAMPUNG KUBANG HALBAN
Sejarah Ringkas Negeri Perak
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.





 





















Peta negeri perak darul ridzuan
Kuala Kangsar mendapat nama daripada perkataan 'Kuala Kurang Sa' yang membawa maksud kurang satu daripada seratus. Nama ini tercipta apabila sembilan puluh sembilan anak sungai yang mengalir ke Sungai Perak dan akhirnya menjadi 'Kuala Kangsar'. Kuala Kangsar diberi gelaran 'Bandar Diraja' sejak dahulu lagi apabila Sultan Yusof Sharifudin Muzaffar Shah yang dikenali sebagai Marhun Garullah (1877-1887) telah mendirikan istana baginda di Sayong. Namun apabila Raja Idris ditabalkan menjadi sultan pada 1887, baginda telah membina sebuah istana di atas bukit yang berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong ditenggelami air apabila banjir melanda. Raja Idris menamakan bukit tersebut dengan nama 'Bukit Chandan' sempena mengambil nama seekor gajah kepunyaan Sultan Yusuf yang bernama "Kulop Chandan".


Peta daerah kuala kangsar
Kampung Kubang Halban terletak di Negeri Perak, Malaysia .Ia merupakan salah satu kampong di dalam Mukim Kota Lama Kiri. Kedudukan koordinat geografi adalah 4 darjah 50’ 0” Utara ; 100 darjah 57’ 0” Timur mengikut peta dunia. Kedudukan muka buminya adalah seperti dalam peta topo dan peta kawasan seperti di bawah.
Peta Topo


Peta Kawasan












PLAN Lokasi tapak projek
Tempat       :         Kampung Kubang Halban
Lot              :         972
Seluas         :         3.025 ekar




GAMBAR TAPAK PROJEK
SEBELUM


SEBELUM DI BERSIHKAN



SEBELUM DI BERSIHKAN

GAMBAR TAPAK PROJEK
SEBELUM


SEBELUM DI BERSIHKAN



SEBELUM DI BERSIHKAN


GAMBAR TAPAK PROJEK
SEBELUM


SEBELUM DI BERSIHKAN



SEBELUM DI BERSIHKAN


GAMBAR TAPAK PROJEK
SEBELUM

SEBELUM DI BERSIHKAN











GAMBAR TAPAK PROJEK
SELEPAS PEMBERSIHAN KAWASAN

SELEPAS DI BERSIHKAN


SELEPAS DI BERSIHKAN


GAMBAR TAPAK PROJEK
SELEPAS PEMBERSIHAN KAWASAN
 


GAMBAR TAPAK PROJEK
FASA 1
SELEPAS PEMBERSIHAN KAWASAN



SELEPAS DI BERSIHKAN
GAMBAR TAPAK PROJEK


SELEPAS PEMBERSIHAN KAWASAN





PERNIAGAAN

Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama masyarakat bertamadun.
 Rasalullah bersabda dalam hadisnya

“ Sembilan  daripada sepuluh sumber rezeki datangnya daripada perniagaan”.

 Baginda dan juga para sahabat  menceburkan diri secara aktif dalam dunia perniagaan dimana Kegemilangan Tamadun Islam dikecapi sehingga kini. Islam juga menggalakkan umatnya berkecimpung dalam perniagaan seperti Firman Allah SWT ,

Maksudnya: “ Allah menghalalkan jual beli dan Mengharamkan riba” .

Surah Al-Baqarah : ayat 275

Sektor Perniagaan yang pesat membangun boleh menjana Ekonomi sesebuah Negara berkembang maju. Ekonomi adalah merupakan ilmu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad uatuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad. Galakan untuk mengembangkan taraf ekonomi sesebuah isirumah amat digalakkan dalam Islam seperti sabda Rasulullah SAW,

“ Beramallah seolah-olah kamu akan mati besok dan carilah kekayaan seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi “

Hadis Riwayat Al-Hakim

Di Malaysia Sektor Perniagaan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :-
1) Perniagaan Tunggal
·         Milikan Tunggal
·         Perkongsian
2)  Sendirian Berhad
3)  Berhad. 

Matlamat
Menggerak dan memajukan sektor perniagaan negara ini supaya perjalanan dan perkembangannya berjalan dengan kemas, teratur, maju serta berdaya saing
1.    Untuk meningkatkan sumbangan sektor perniagaan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan
2.    Untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan penglibatan pelabur asing dalam industri
3.    Untuk menguruskan sektor utama secara berterusan dan memaksimakan pengeluaran secara berterusan
4.    Untuk meningkat Program Kawalan Mutu bagi menjamin kualiti hasil yang berterusan
5.    Untuk mengekal dan mengukuhkan pasaran yang sediada serta menerokai pasaran baru
6.    Untuk meningkatkan kecekapan  pemprosesan serta menambahkan aktiviti-aktiviti industri hiliran dan nilai tambah yang tinggi
7.    Menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada bakal usahawan bumiputera
8.    Untuk menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai projek-projek industri dan mengekalkan penglibatan mereka melalui khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan
9.    Untuk menggalakkan pembangunan industri yang terancang melalui khidmat pengembangan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan
10.  Untuk menjalin kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam pelbagai bidang pertanian dan pemprosesan bagi mendapat faedah melalui pemindahan teknologi dan pertukaran maklumat saintifik





misikiriatas
WAWASAN
"Untuk diiktiraf sebagai Syarikat Multi-Nasional  yang berdaya maju di dalam sektor perniagaan diMalaysia dalam tempoh 5 tahun."
misikananatas


VISI
"Menjadi syarikat perintis bagi usahawan bumiputera menjadi peneraju dan penguasaan ekonomi di peringkat global menjelang tahun 2020"



misikiribawah
MISI
"Mempercepatkan perkembangan industri melalui peningkatan teknologi secara menyeluruh bagi meningkatkan pengeluaran serta menglobalisasikan pasaran dengan membuka peluang pelaburan seterusnya meninggikan taraf sosio-ekonomi negara selaras dengan perkembangan industri."
misikananbawah



Latar belakang dan penyelenggaraan projek

3.1  PENDAHULUAN

Tapak yang dicadangkan ialah tanah terbiar yang tidak diusahakan oleh pemilik tanah. Keluasan fizikal tanah  ialah 10 ekar. Projek tembikai  ini, melibatkan 1orang peserta dan 4 orang pekerja peserta tersebut  dan dijangka akan mengeluarkan hasil sepanjang tahun ini.


Pegenalan Jagung

Jagung ialah sejenis tanaman bijirin berasal dari Amerika Tengah
Jagung adalah buah-buahan yang tinggi dengan dengan karbohidrat yang baik untuk kesihatan. Oleh yang demikian mengikut kajian dari pengguna bahawa jagung kurang berada dalam pasaran biasa kerana pengeluarannya
yang terhad.Jagung yang berkualiti baik sentiasa didalam permintaan oleh pemborong dari luar dan tempatan.Untuk menghasilkan pendapatan yang baik pengusaha perlu menitikberat asas penjagaan yang sempurna sehingga tempoh matang buah tersebut.
(Tempoh matang 70 hari selepas tanam)


JENIS TANAMAN
LUAS ( ekar )
BIL. PEKERJA
JAGUNG
TERNAKAN IKAN TALAPIA
5
2
3 ORANG PEKERJA



 4.0  Faktor Iklim
Tembikai  mempunyai kesesuaian yang meluas dan agak tahan kepada perubahan cuaca. Pada amnya tembikai memerlukan suhu antara 22 -33 C.Di anggarkan sejumlah 500-800mm/tahun ada lah mencukupi untuk penanaman tembikai. Walau bagaimana pun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di kebelakangan ini  sistem pengairan ada lah perlu bagi tanaman ini.


4.1 Faktor Tanah dan Topografi
Tanah yang sesuai mudah diurus dan berpotensi mengeluarkan hasil yang baik. Pengurusan yang lebih rapi diperlukan sekiranya tanaman ditanam di tanah-tanah yang sederhana sesuai untuk menjamin penghasilan yang menguntungkan. Sifat-sifat tanah yang sesuai dan sederhana sesuai untuk tanaman tembikai seperti rajah dibawah.

                 Kesesuaian untuk
tembikai
sifat tanah
sesuai
sederhana sesuai



Kecerunan
0-6
12-Jun
Saliran
tak sempurna salir ke salir
agak sangat mengalir
kedalaman tanah yang berkesan
   50cm
  25-50cm    
Tekstur dan struktur
selain dari pasir yang tak


berstruktur dan lempung
pasir tak sesuai
kemasinan
  1mmhos

Kedalaman lapisan asid sulfat
  50cm
  25-50
dari permukaan tanah


Ketebalan gambut
tiada halangan

Keberbatuan
tada halangan batu pada
terdapat batu pada kedalaman

kedalaman 50cm
25-50cm
Ketidak seimbangan nutrien
tiada kandungan nutrien-nutrien
CEC rendah (  5meq/100g tanah

mikro yang berlebihan atau


CEC rendah






5.0       LATAR BELAKANG  KAWASAN YANG DICADANGKAN

5.1       Lokasi Projek
Projek ini terletak dalam kawasan Kg Kubang Halban, Enggor dan jaraknya dengan pekan Kuala Kangsar adalah 8 km.
 

5.2       Agro Iklim
            (Lampiran 1c)
Data-data taburan hujan, suhu, kelembapan dan tiupan angin adalah seperti berikut :-
            -           Suhu                            :           25 o – 30 o
                                                                                                Celcius
-           Taburan hujan :           melebihi 4000
                                                            mm setahun
-                      Kelembapan    :           sederhana
-                      Tiupan angin   :           tidak kencang.





Jadual Taburan Hujan (mm):  Kuala Kangsar
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogo
Sep
Okt
Nov
Dis
Jumlah
264
425
124
328
276
303
372
454
287
511
613
534
4491

Sumber  : Institut Pertanian Kuala Kangsar.

Oleh yang demikian, tanaman singkat masa seperti jagung  adalah terletak dalam kawasan yang berpotensi .
5.3       Kesesuaian tanah
5.3.1    Topografi
Secara puratanya tanah dikawasan ini adalah rata dan sedikit beralun dimana kecerunan tanah adalah diantara 0 o – 2o.  Keadaan saliran adalah agak sempurna dan  sesuai untuk tanaman .
5.3.2    Ciri-ciri tanah
Jenis tanah adalah aluvium.


5.4       Status semasa di ladang
5.4.1    Penggunaan tanah : Belukar

5.4.2    Labour availability : Tenaga buruh adalah dikalangan seorang pekerja tempatan (penyelia) dan 2 orang pekerja asing.

6.4.3    Sumber air : Diperolehi dari anak sungai kecil yang berhampiran.

6.4.4    Jalan penghubung : Terdapat jalan yang menghubungi  jalan Luar Bandar berturap.

            5.5       Maklumat pengusaha
6.5.1    Pekerjaan adalah seperti berikut :
            Pekerjaan                                 Bilangan
            Petani sepenuh masa                    3
6.5.2    Sumber pendapatan :-   Ladang         




6.0   Pengurusan penyakit dan perosak
      Tanaman jagung  amat mudah diserang perosak dan penyakit jika tidak dirancang dan diurus dengan sempurna. Langkah-langkah pengurusan penyakit dan perosak:
      Guna benih / bahan tanaman yang bebas dari penyakit.
      Melakukan pengawalan pada peringkat awal tanaman.
      Mengambil tindakan awal sekiranya berlaku serangan
Perosak Tanaman
Serangga
Kerosakan
kawalan
Kutu Daun
Peringkat anak dan dewasa menghisap cairan daun dari daun dan pucuk. Ini mengakibatkan daun berkerekot dan pertumbuhan terencat. Serangan yang teruk akan mengurangkan hasil
Amalkan tanaman bergilir.
Gunakan sungkupan.
Sembur racun deltamethrin(10ml/4.5liter)
 Hamama merah
Perosak ini menghisap cairan dari permukaan atas @ bawah daun dan lebih suka daun matang.Daun yang telah dihisap cairannya kelihaan pudar.
Sembur denan racun serangga malation (5ml / 4.5 liter)
Prnggunaan pelekat dan sabun digalakkan.



Penyakit Tanaman
Penyakit
Kerosakan
Kawalan
Lecur anak benih
Anak benih akan menjadi walaupun air mencukupi. Ini adalah kerana batang anak benih pada aras tanah telah melecur. Penyakit ini sering terjadipada keadaan tanah yang tidak memuaskan.
Rawat anak benih dengan racun kulat seperti thiram.          (3gm/100bj benih)
Sembur dengan racun benomyl selang 7 hari sekali                     (15-30gm/4.5liter)
Layu Fusarium
Kulat ini boleh hidup dalam tanah selama beberapa tahun dan akan menyerang akar. Penyakit ini akan merebak secara perlahan-lahan dan akhirnya pokok akan mati.
Pastikan sitem saliran dalam keadaan baik.
Kawal rumpai supaya dapat mengurangkan perumah.
Cabut pokok yang rosak dan tanam sedalam 60cm.









Jadual : Tempoh Larangan Mengutip Hasil Selepas Semburan Akhir Bagi Beberapa Jenis Racun Yang Digunakan Pada Tanaman.

RACUN PEROSAK
HARI
Benornyl
Capotfol
Captan
Carbaryl
Carbendazim
Chlorothalonin
Dicofol
Dimethoate
Fenthion
Malathion
Mencozeb
Maneb
Methamidophos
Profenfos
propagite

3
14
7
3
14
7
3
14
14
3
4
14
14
14
5
7



7.0   PERANCANGAN JADUAL PENANAMAN & PENGELUARAN
           Cadangan permulaan projek akan dimulakan pada september 2010, untuk permulaan penyediaan tapak semaian dan tapak tanaman.Penanaman diladang bermula dalam bulan november setelah biji benih berumur 2 minggu pada peringkat pokok mempunyai daun 3-4 helai. Jagung akan dipetik pada 65 hingga 70 hari selepas tanam di ladang. Pungutan hasil pada ketika yang betul bagi menjamin kualiti buah.








PROJEK    (Tanaman Jagung)

LUAS (Ha) : 0.8










Tarikh
Aktiviti
Aktiviti Pengembnagan
Sebenar

Menanam
Menujukkan cara menanam dengan jarak


tanaman yang betul.

Menyembur racun rumpai pracambah
Teknik Kawalan rumpai yang betul.


Meracun rumpai keliling petak
Teknik Kawalan rumpai yang betul.


Membaja
Pembajaan yang betul untuk pertumbuhan pokok


Membaja
Pembajaan yang betul untuk menghasilkan  buah baik.


Meracun rumpai keliling petak
Amalan Kebersihan Ladang




Sembur racun perosak kepada tongkol
Mengelak dan Memastikan buah tidak diserang ulat



Sembur racun perosak kepada tongkol
Mengelak dan Memastikan buah tidak diserang ulat



Mengutip,mengumpul,menggred dan
 Pascatuai hasilyang berkualiti

memasarkan jagung segar













Penyediaan Tapak Semaian

Menanam serai adalah mudah dan ringkas, tali digunakan sebagai panduan semasa penanaman untuk menentukan jarak bagi setiap lubang yang akan ditanam.
Jarak yang paling sesuai untuk penanaman  adalah 3 kaki x 4 kaki. Jarak ini akan memberikan keselesaan kepada serai untuk terus bertunas dan kerja-kerja penyelengaraan senang untuk dilakukan.

        


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9RnZqNo69FpyM1ObnPbqHMc6YIMyg-woFls8GxwX72ku2cvh9FF5XRm9VtLhUkD0zUFodR5y3Jqi3eXfLs2yGHqBsbtj22uHKPgDGvPpWuuKEd5Fk7FPsI3Yua_OjiemC-CVZMH1h3Ns/s200/P1000548.JPG

Gambar : Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung

Jarak  3’ X 2 ‘ digunakan keatas tapak semaian untuk mengoptimumkan hasil keluaran. Tali, kayu @ buluh digunakan untuk membuat lining mengikut jarak yang dinyatakan  tadi. Kepadatan tanaman serai adalah 7275 tapak semaian se-ekar dan setiap tapak mempunyai  dua (2) pokok benih. Baja organic dan baja kimia (NPK 15:15:15) di tabur keatas tapak semaian pada kadar 1.5kg dan 88kg.






Penanaman

Penunggal di gunakan membuat lubang bagi memasukkan benih semasa penanaman. Kedalaman setiap lubang adalah hanya 0.5 inci. Benih jagung tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana akan menyulitkan anak tunas  keluar.





Benih yang diperolehi dari pasaran sekitar RM109 sekilo. Sehari sebelum penanaman di buat ia perlu direndamkan dahulu dengan Hormon Penggalak Akar semalaman.

Cara Menyemai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-O9XNCqmmgqIQ6XhoMtkAcBBKLWWVMJRAtX4GxM2EX1NfkUbOwwuZXX45UprLLc77nKeHdA4VWLxQzg1OXQK5Nqpg6VjecaCF_xZjnhI8mP71LvQMDC271cN-UFzlyhYn1xV_yyp2U1k/s200/P1000576.JPG

Gambar : penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)


Setiap benih di tanam sendeng 45 darjah dari permukaan tanah supaya ia mudah membiak  dan merebak di titik persilangan lining yang telah di buat sebelum ini. Benih harus di tanam pada waktu pagi atau petang sewaktu ketiadaan sinaran matahari.



Penjagaan dalam tempoh semaian

Setelah penanaman dilakukan, penyiraman perlu dilakukan. Siraman 7 hari pertama adalah terlalu penting untuk memastikan benih-benih yang ditanam mengeluarkan akar dan dapat memegang tanah.
Jika terdapat benih yang mati sulaman dengan benih yang baru perlu dibuat dengan segera. Benih yang hidup akan memastikan hasil dari penanaman ini.



Pembajaan

Pokok Jagung akan hidup subur di tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi. Oleh itu pembajaan harus dilakukan untuk mendapat hasil yang maksimum. Amalan biasa yang dilakukan ialah dengan menggunakan tahi ayam @ kambing sebagai baja asas. Pembajaan dilakukan mengikut peringkat umur pokok tersebut seperti di bawah :-

    • Sebulan  sekali
    • Mula dengan NPK 15:15:15   2-3 minggu
    • NPK 5:18:12 @ Baja tahi ayam/kambing 4-6  minggu.







Baja yang digunakan adalah dari jenis baja Urea dan baja NPK. Namun begitu baja-baja sokongan yang lain juga boleh digunakan.
Penggunaaan Baja Kompos seperti dari Tahi Ayam atau Tahi Lembu adalah yang terbaik. Pembajaan dilakukan dengan menabur di sekeliling pokok jagung dengan jarak 5 inci dari pangkang-pangkang pokok jagung.
Kebiasaannya pembajaan hanya dilakukan minggu sekali sehingga ke minggu yang ke 10 daripada tarikh penanaman.

          
Urea                                                    NPK










Pengurusan Air

Pengurusan air diperlukan kerana jagung memerlukan air. Pertumbuhan pokok akan tergangu jika air berlebihan atau berkurangan. Kehadiran air yang bartakung melebihi dari 24 jam boleh mengakibatkan pokok jagung mati. Saliran diperlukan untuk mengeluarkan air yang berlebihan ini dengan menggali parit. Kerja –kerja menggali parit di buat semasa penyediaan kawasan bergantung kepada lanskap muka bumi kawasan tanaman  . Ia dibuat keatas kawasan yang berpaya atau tanah yang lembab.

Saliran adalah penting untuk mengelakkan air dari bertakung di pangkal pokok. Pangkang pokok jagung tidak boleh tenggelam air terlalu lama. Pemilihan tanah amat penting, elakkan daripada tanah selalu ditenggelami air. Dicadangkan parit disediakan di ladang dengan jarak setiap 50kaki.

       


Pengairan Secara Berjadual

Hanya satu pam air 3 inci dan system pengairan springkler diperlukan. Air selalunya di ambil dari kolam. yang berdekatan. Pengairan di buat dengan menyiram pokok-pokok secara berjadul menggunakan system pengairan yang betul.

























BIL
PERKARA
BIL
UNIT
HARGA
JUMLAH




 ( RM )
 ( RM )
1
PVC pipe size 2" class D Bigend
25
btg
20.00
        500.00
2
PVC pipe size 1 1/2" class D Bigend
143
btg
15.00
     2,145.00
3
PVC Pipe size 3/4 " class D
35
btg
8.00
        280.00
4
Reducer Tee 2" x 1 1/2"
18
Unit
2.70
          48.60
5
Valve Socket 1 1/2"
36
Unit
0.80
          28.80
6
Ball Valve 1 1/2"
18
Unit
12.00
        216.00
7
End Cap 1 1/2"
18
Unit
1.00
          18.00
8
Equal Tee 2" x 2" x 2"
2
Unit
3.00
           6.00
9
PT Socket 3/4"
105
Unit
0.50
          52.50
10
Springkler 323 (diameter 40 feet)
105
Unit
5.00
        525.00
11
Spring Clip 2"
2
Unit
2.50
           5.00
12
Pam Air 3" Diesel
1
set
4500.00
     4,500.00
13
Seal tape 1/2 wide
10
roll
0.80
           8.00
14
Gum PVC Solvent cement 500 gm
5
tin
15.00
          75.00
15
Reducer Tee  1 1/2" x 3/4"
105
unit
1.50
        157.50
16
Valve Socket 2"
2
unit
2.50
           5.00
17
Ball Valve 2"
4
unit
20.00
          80.00











     8,650.40


KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL
Penentuan Kematangan

Jagung mencapai peringkat matang dalam tempoh 65~70 hari dari jangkamasa menanaman.. Tempoh masa luput penuain jagung melebihi 75 hari.. Ini mengurangkan risiko hasil tuaian rosak akibat tamat tempoh masa luput.

                Menuai

Dengan faktor cuaca, cahaya matahari, pembajaan, dan pengairan, jangkamasa tuaian serai adalah 65 – 75 hari.Apabila matang, jagung akan dituai, tuaian secara komersil dilakukan secara sekaligus. Kebiasaannya jagung yang telah dituai akan dikumpulkan di satu tempat untuk digerdkan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemborong.

STRATEGI PEMASARA            
Fokus pemasaran adalah melalui jualan borong, runcit dan terus. Bagi jualan borong, tertumpu kepada pemborong-pemborong buah-buahan berhampiran seperti  pemborong dari Kuala Kangsar dan Ipoh. Walau bagaimanapun pemborong dari luar juga diberi keutamaan, ia adalah bertujuan untuk mendapat harga yang kompetitif. Jualan runcit akan ditawarkan kepada peniaga-peniaga pasar sehari/malam yang beroperasi di sekitar kawasan berhampiran. Bagi jualan terus pula akan dilaksanakan oleh anak-anak petani di premis-premis kerajaan yang dibenarkan.



STRATEGI PERKHIDMATAN

                  Faktor –faktor yang menarik pelanggan
l  Bekalan tak putus
l  Tanam ikut plot


STRATEGI PENGEDARAN

               Jangka Pendek
      Produk Segar
l  Pasar Borong
l  Pasar Basah













RANCANGAN KEWANGAN
A.Kos Projek- Kos tetap & kos Berubah








Jarak Penanaman
: 3ft X 2ft





Kepadatan
: 38,000 pokok / ha





Masa memungut hasil : 65-70 hari selepas menanam
: 65 - 72 hari selepas menanam













Pekara
Kuantiti
Harga(RM)/unit
 Nilai kos (RM)








A.
Pendapatan Kasar
35,000
tongkol
0.80
/tongkol
        28,000.00
B
Kos






I
Kos Berubah







Bahan-bahan Input






1
Benih
10
kg
140
/ kg
           1,400.00

2
Baja







a. Kapur
3.1
tan
200
/tan
              620.00


b. Tahi ayam
6.2
tan
300
/ tan
           1,860.00


c. NPK 15:15:15
0.2
tan
3,000
/ tan
              600.00


d. Urea
0.4
tan
3,000
/tan
           1,200.00

3
Racun kimia







a. Racun Pra Cambah (Atrazine)
4
kg


              496.90


c. Cypermethrin dan lain-lain
4.17
liter
17
/liter
                70.89


d. Mencozeb dan lain-lain
8.33
kg
20
/kg
              166.60


e. Thiram
10
kg
25
/kg
              250.00


f. Racun Rumpai
16.67
liter
45
/liter
              750.15











Jumlah Kecil I
          6,176.90


II
Kos Tenaga Kerja






1
Penyediaan tanah dan batas
Kontrak


           1,000.00

2
Membuat batas
9
t.h.
30
/th
              270.00

3
Membaja asas & kapur
10
t.h.
30
/th
              300.00

4
Menanam
10
t.h.
30
/th
              300.00

5
Memasang sistem air      ( kos sekali )
6
t.h.
30
/th
8650.40

6
Menyulam dan menjarang
4
t.h.
30
/th
120.00

7
Menyembur serangga & kulat
6
t.h.
30
/th
180.00

8
Merumput
10
t.h.
30
/th
300.00

9
Membaja I,II,III dan IV
8
t.h.
30
/th
240.00

10
Meracun rumpai
8
t.h.
30
/th
240.00

11
Memungut hasil
6
t.h.
30
/th
180.00











Jumlah Kecil II
          11,780.00

III
Kos Tetap






1
Sewa tanah
12
bulan
12
/ha/bln
              300.00

2
Susut nilai alatan pengairan
2.5
bulan
33
/bulan
                82.50

3
Bahan Api







 a.  Diesel
300
liter
1.8
liter
              540.00


 b.  Minyak pelincir / alatan
12
liter
15
liter
              180.00











Jumlah Kecil III
             1102.50


Jumlah Kos Berubah ( I+II+III)
        19,059.40


C.
Pendapatan






1
Pendapatan Kasar




        28,000.00

2
Jumlah kos pengeluaran




        19,054.40

3
Pendapatan Bersih




          8,894.60

4
Harga Pulang Modal (Kos/kg)




                 0.42

5
Nilai Bersih Kini (jv)
 Bahagi 3 (seorang Penyelia)



RM 2964.80























UNJURAN KEWANGAN TANAMAN JAGUNG SELUAS  3 EKAR.
Perkara
TAHUN
1
2
3




Aliran tunai masuk



   Jualan Jagung (35,000 tongkol x RM 0.80 x 3 )
RM28,000.00
RM29,400.00
RM30,870.00
 -hasil meningkat sebanyak 5% setahun







Kos pembangunan
RM11,780.00


  Pembagunan tanah 



  Bangunan 600 k.p



  Peralatan bangunan



  Traktor (terpakai untuk pengankutan)



  Trailer



  Pam air ( 3 INCI)



  Paip / sistem springkler



  Peralatan ladang runcit







Kos operasi dan kos am
RM7,279.40


  Penyediaan tanah



  Bahan ( baja,kimia,benih dan input)

RM6,176.90
RM6,176.90
  Sewa jentera

RM1200.00
RM1200.00
  Pembiayaan mesn / jentera sendiri

RM802.50
RM802.50
  Pemasaran

RM2,500.00
RM2,500.00
  Tenaga buruh

RM2100,00
RM2100,00
  Kos am (sewa tanah)

RM300.00
RM300.00




  Jumlah kos
RM19,059.44
RM13,079.40
RM13,079.40
  Kos luar jangkaan  (10%)
RM19,059.44
RM13,079.40
RM13,079.40




  Jumlah kos
RM20,965.38
RM14,387.34
RM14,387.34
  Aliran tunai masuk / keluar
RM7,034.62
RM15,012.66
RM16,482.66
  Aliran tunai bertimbun
RM7,034.62
RM22047.28
RM38,529.94




  Keputusan analisis







  Nilai kini bersih @ 10%      :RM18,868.84



  Kadar pulangan dalaman   : > 50%



  Nisbah faedah:kos              : 1.23



  Tempoh bayar balik modal  :  1 Tahun




     ANALISIS KEWANGAN
              Kos Pendapatan
              Berdasarkan hasil tembikai  pula secara puratanya hasil  tuiaan jagung adalah :                                            Minimum :   RM5000.00/ 3 ekar / musim.
              Maksimum :  RM50,000.00/ 3 ekar / musim.
           

11        RANCANGAN PEMASARAN
STRATEGI PEMASARAN

Contract Farming
1. Swasta ( Harga ditawarkan RM 0.70/kilogram/kontrak selama 3 tahun)
l  Move Success Agro Sdn Bhd
No. 29-3, Jalan PJU 5/12
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-6141 7041
Fax : 03-6141 7741
Pegawai :
019- 3795789  Cik Suzana
012-9628711   En Anas
013-2219292   En Bakhtiar
016-2820150   En Norrihan
l  Asterisk Network Sdn Bhd (561049-D)
368, Jln Pasar,
Kg. Sg. Tapah Tambahan, 30020 Ipoh, Perak
2.Agensi Kerajaan
l  FAMA

                       




Fokus pemasaran adalah melalui jualan borong, runcit dan terus. Bagi jualan borong, tertumpu kepada pemborong-pemborong buah-buahan berhampiran seperti  pemborong dari Kuala Kangsar dan Ipoh. Walau bagaimanapun pemborong dari luar juga diberi keutamaan, ia adalah bertujuan untuk mendapat harga yang kompetitif. Jualan runcit akan ditawarkan kepada peniaga-peniaga pasar sehari/malam yang beroperasi di sekitar kawasan berhampiran. Bagi jualan terus pula akan dilaksanakan oleh anak-anak petani di premis-premis kerajaan yang dibenarkan.

STRATEGI PERKHIDMATAN

                  Faktor –faktor yang menarik pelanggan
l  Bekalan tak putus
l  Tanam ikut plot


STRATEGI PENGEDARAN

               Jangka Pendek
      Produk Segar
l  Pasar Borong
l  Pasar Basah






Pandangan Islam Mengenai Pertanian
MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT DENGAN BERCUCUK TANAM 
عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مسلم يغرس غرسا إلا كان ما أكل منه له صدقة. وما سرق له منه صدقة. وما أكل السبع منه فهو له صدقة. وما أكلت الطير فهو له صدقة.
Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan kepentingan bekerja sebagai petani sebagai satu aktiviti ekonomi. Rasulullah s.a.w. menyebutkan ganjaran pahala yang akan diperolehi apabila orang lain atau makhluk-makhluk lain mendapatkan manfaat daripadanya. Dua faedah yang diperolehinya, pertama dia dapat menikmati hasil tanaman dan kedua pahala di akhirat.
Bahkan di dalam riwayat lain disebutkan ganjaran pahala ini akan berterusan hingga hari akhirat.
Orang yang mengusahakan tanah mendapat pahala dengan sebab penyertaannya dalam kegiatan memakmurkan bumi yang merupakan salah satu tugas khalifah. Dia bukan hidup untuk dirinya sahaja tetapi bekerja untuk kebaikan masyarakatnya. Dengan segala kemampuannya, dia tampil untuk melakukan kebajikan dalam bentuk menghijaukan bumi.
Manfaat pokok bukannya diperolehi dalam tempoh terdekat. Kemungkinan orang yang menanamnya tidak sempat merasai hasilnya. Bagaimanapun dia menanam bukan semata-mata untuk dirinya tetapi untuk generasi akan datang. Sama ada pokoknya akan menghasilkan buah atau tidak, dia mestilah optimis dengan usahanya terhadap tanaman. Hal ini ditegaskan oleh sebuah hadis yang lain. Rasulullah s.a.w bersabda:


إن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة فإن استطاع أن لا يقوم حتى يغرسها فليفعل
"Apabila berlaku kiamat dalam keadaan di tangan kamu ada anak pokok maka hendaklah dia menanamnya.(hadis riwayat Ahmad)


Pengajaran hadis
Hadis ini juga mengisyaratkan satu bentuk wakaf iaitu mewakaf usaha kita dengan cara menanam pokok yang memberi manfaat kepada semua. Pahala akan terus didapati selagi pokok tersebut dapat dimanfaatkan. Hal ini sama dengan kaedah wakaf. Bezanya wakaf itu lebih bersifat kepada milik peribadi yang diserahkan untuk kegunaan umum atau pihak tertentu.
Selain itu, hadis ini memberi panduan kepada kita bagaimana untuk memastikan diri kita terus memperolehi ganjaran walaupun setelah meninggal dunia. Hasil usaha kita yang memberi manfaat kepada orang lain akan mendatangkan ganjaran pahala selagi ianya terus ada dan dimanfaatkan. Ada kalanya orang akan menyebut-nyebutkan usaha yang pernah kita lakukan sebagai menyatakan terima kasih kepada kita serta mendoakan untuk kita. Inilah yang dimaksudkan umur yang panjang ; masih dikenang dan diingat walaupun kita telah meninggal dunia.
Hadis ini juga mendidik individu yang mempunyai tanaman yang dicuri buahnya oleh orang lain atau habis dimakan binatang akan mendapat kurnia Allah s.w.t. dalam bentuk ganjaran pahala. Kurniaan ini lebih bersifat abadi dan kekal berbanding dengan harta dunia kerana itulah yang amat diperlukan di akhirat kelak. Dia tidak akan merasa kecewa atau marah sebaliknya dia akan terus berusaha supaya semua makhluk akan mendapat kebaikan dari titik peluhnya. Allah s.w.t. berfirman:
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Apa yang di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan". (al-Nahl: 96)
Begitu juga hadis ini mengajar kita untuk berbudi kepada tanah dengan mengusahakannya di samping menyatakan kepada kita kelebihan memberi makan kepada setiap yang bernyawa berdasarkan kepada hadis:
في كل كبد رطبة أجر.
"Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala." (al-Bukhari)
Di dalam al-Quran banyak disebutkan bimbingan supaya mengambil petunjuk daripada kekuasaan dan penciptaan Allah yang menghidupkan bumi dengan tanaman-tanaman. Dengan melibatkan diri dalam pertanian seseorang akan lebih memerhati hakikat dan hikmat di sebalik kejadian Allah s.w.t. Dengan itu, imannya sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan.
(Syarah hadis disediakan oleh Ust Muhammad Hanief Awang Yahya untuk www.darulkautsar.com )
viii. Pertanian Sebagai Pemacu Pembanggunan Ekonomi
Ummah

Zakat Tanaman dan Buah-buahan
1- Zakat wajib dikeluarkan terhadap semua jenis tumbuhan yang tumbuh di atas permukaan bumi, iaitu dari semua jenis tanaman dan bijian yang ditanam dengan tujuan ingin mengambil faedah dari hasil bumi dan meyuburkannya. Hukum ini adalah mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan fukaha-fukaha lain dan tidak diwajibkan zakat kepada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh tanpa di tanam seperti kayu, rumput, buluh dan seumpamanya kecuali apabila tumbuhan tersebut diperniagakan, ia hendaklah dikeluarkan zakat dalam bentuk zakat perniagaan.

2- Pengeluaran zakat tanaman tidak terikat dengan haul kerana kiraannya adalah dalam bentuk musim dan hasil, contohnya musim menuai atau musim kutipan, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan keluarkanlah haknya (iaitu zakat tanaman) ketika hari menuai. Oleh yang demikian sekiranya bumi menumbuhkan lebih dari satu kali (dituai dan ditanam beberapa kali) dalam satu tahun, maka tuannya wajib mengeluarkan zakat ke atas setiap kali ianya dituai tanpa menunggu haul kerana jika dikira haul maka terpaksa menunggu satu tahun, sedangkan buah-buahan atau tanaman bijian waktu masaknya hanya dua tiga bulan sahaja.

3- Tidak diwajibkan zakat kepada hasil yang diperolehi dari pohon-pohon kayu, umpamanya gam yang dihasil dari sejenis kayu, ianya tidak diwajibkan zakat kecuali apabila diperniagakan, jika gam itu diperniagakan, ianya dikira dari jenis barang yang diperniagakan dan diwajibkan zakat.

4- Masalah menyiram tanaman: Di antara siraman yang tidak menggunakan pembiayaan contohnya penyiraman dengan menggunakan air hujan dan siraman yang menggunakan pembiayaan contohnya menyewa enjin pengepam air, sekiranya proses penyiraman tanaman tersebut menggunakan kedua-dua cara contohnya 15 kali dengan menyewa pengepam air dan 5 kali disiram oleh air hujan, zakat hendaklah dikeluarkan mengikut hukum kebiasaan iaitu cara manakah yang banyak digunakan. Jika mengikut contoh di atas zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 5 peratus dan jika sebaliknya maka zakatnya ialah sebanyak 10 peratus. Sekiranya penggunaan kedua-dua cara tersebut sama banyak, zakatnya ialah 7.5 peratus dan sekiranya ia tidak dapat dipastikan, zakatnya ialah 10 peratus.

5- Semua perbelanjaan yang dikeluarkan untuk proses tanaman hendaklah dipotong kecuali pembiayaan siraman tanaman. Contohnya perbelanjaan membeli benih, mencuci dan perbelanjaan menuai. Ini adalah berdasarkan pendapat mazhab Ibnu Abbas dan mazhab yang lain. Perbelanjaan tersebut disyaratkan tidak lebih dari satu pertiga hasil mahsul. Keputusan ini adalah yang disepakati di dalam Simposium Fekah Ekonomi Kali Ke Enam anjuran Syarikat Dallah Barakah Arab Saudi.


6- Apabila tanaman dan bijian yang dihasil dari tanah atau bumi yang disewa, zakat wajib dikeluarkan oleh tuan tanah yang disewa dan ia tidak wajib dikeluarkan oleh penyewa. Caranya ialah tuan tanah tersebut hendaklah menghimpunkan hasil bersih sewaan tanah tadi dengan wang tunainya yang telah sedia ada dan dibayar zakat sebanyak 2.5 peratus setelah mencukupi haulnya.

7- Apabila tanaman yang ditanam dikongsi bersama di antara tuan tanah dan pekerja kemudian hasilnya dibahagi sama banyak, hasil dari tanaman tadi wajib dikeluarkan zakat oleh kedua-dua belah pihak apabila cukup nisabnya.

8- Tanaman yang berbagai bentuk tetapi dari jenis yang sama boleh digabungkan di antara satu sama lain untuk dikeluarkan zakat. Contohnya padi, gandum dan jagung dikira dari satu jenis begitu juga dengan buah-buahan seperti limau, mempelam dan manggis adalah dikira dari satu jenis yang boleh dicampur di antara satu sama lain. Adapun jika tanaman tersebut dari jenis yang berbeza, ia tidak boleh dicampur contohnya buah-buahan dengan sayur-sayuran tidak boleh dicampurkan untuk dikira zakat dari satu jenis tanaman.

9- Pada asalnya zakat tanam-tanaman dikeluarkan dari jenis tanaman tersebut contohnya padi dikeluarkan zakat dengan menggunakan padi tetapi ada juga sesetengah ulama membolehkan zakat tanaman dikeluarkan dengan menggunakan harga tanaman tersebut.






















Perindustrian Pertanian : Halatuju Strategik Sektor Agro-Makanan Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
MENINGKATKAN NILAI DITAMBAH DALAM EKONOMI NEGARA MELALUI PERTANIAN BARU 
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh ini, sektor pertanian berperanan untuk mengecapi misi pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi Negara. Peranan yang diberikan kepada sektor pertanian ini menunjukkan bahawa sektor ini adalah setara dengan sektor-sektor ekonomi lain seperti pembuatan dan juga perkhidmatan. Ini bermakna sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh perlulah maju, dinamik dan berdaya saing seperti yang digariskan di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga.
PERINDUSTRIAN PERTANIAN MELALUI PERTANIAN BARU 
Konsep Pertanian Baru diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan RMK-10 dilihat sebagai cara pelaksanaan yang paling idea dalam memungkinkan anjakan paradigma ini. Pendekatan Pertanian Baru yang diwawarkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut : 
a.                  Komersil berskala besar
b.                  Penggunaan teknologi moden yang lebih luas
c.                  Pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai ditambah tinggi
d.                  Memanfaatkan sepenuhnya potensi bioteknologi
e.                  Penggabungan dengan teknologi maklumat dan komunikasi
f.                  Penglibatan usahawan tani dan tenaga kerja mahir   
TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH
Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Kesepuluh dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir  Rancangan Malaysia Kesepuluh. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut : 

1.        Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber
           pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; 
2.        Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan
           kepelbagaian produk; 
3.         Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global; 
4.         Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan 
5.         Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan. 
SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH
Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut : 
a.        Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan
           sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%; 
b.        Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion; 
c.         Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak
           5.2%; dan 
d.         Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan
            pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani. 
e.         Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah
            disasarkan. 







KESIMPULAN
 
            PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi serta menjadi matlamat pengusaha pertanian bahawa setiap pelaburan yang dilakukan mampu memberi pulangan menguntungkan.
Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukan satu langkah ke belakang, sebaliknya usaha dipergiatkan bagi menjadikan sektor ini sebagai perniagaan untuk jangka panjang.  Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan perubahan, tidak lagi mengikut cara lama sebaliknya menggunakan bioteknologi dan teknologi moden bagi menambah nilai hasil pertanian negara.
Kerajaan tidak melihat pertanian sebagai sektor yang mundur akan tetapi sebagai sektor industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan import makanan.  Oleh yang demikian, kita perlu merubah tanggapan bahawa pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mempunyai sedikit nilai ditambah serta menjana pendapatan yang rendah kepada salah satu cabang perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan.
Sektor tani merupakan kegiataan utama ekonomi masyarakat luar bandar.  Kaum bumiputera merupakan golongan tertinggi yang terlibat dalam perniagaan.  Dengan itu, pembangunan sektor pertanian bukan setakat menjana sumber tumbuhan baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara.
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan rantaian nilai serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, perladangan komersial berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi.  Masyarakat tani pula perlu mengambil peluang yang tersedia ini bagi memajukan diri dan sektor pertanian keseluruhannya.  Bioteknologi merupakan satu industri baru dan penting, berpotensi menjana sumber kekayaan baru.  Usaha akan dipergiat bagi membangunkan industri bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi.  Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bioteknologi dalam pertanian.
Perjalanan untuk menjadikan sektor tersebut sebagai satu perniagaan memerlukan pembudayaan keusahawanan dalam pertanian supaya dapat melahirkan satu generasi usahawan tani bagi menerajui usaha merevolusikan sektor pengeluaran makanan.
Untuk berjaya di dalam bidang pertanian kita perlu ada role model petani-petani berjaya.  Skala pertanian yang kecil masih menjadi masalah besar dan menghalang para petani meningkatkan pendapatan mereka.  Petani harus bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada.  Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan untuk membatu petani mengusahakan sektor pertanian secara komersial.